Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

PDRM Seru Masyarakat Bersama Wujudkan Persekitaran Sifar Jenayah

By 21 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noraini Mohd Nasir (Tampin)/IPD Tampin

TAMPIN, 21 Mac (Malaysiaaktif) ā€“ Sempena Sambutan Hari Polis ke 216 hari ini Ketua Polis Daerah Tampin Supt Anuwal Ab Wahab telah menyeru agar pegawai dan anggota keselamatan Ibu Pejabat Daerah (IPD) TampinĀ  terus mengekalkan perkhidmatan yang cemerlang dan berdiri megah sebagai agensi penguatkuasa tertua dan terulung di negara ini.

ā€œBersempena ulangtahun Peringatan Hari Polis tahun ini saya mengajak seluruh warga pasukan untuk meneruskan ikrar taat setia kepada Raja dan Negara demi perlembagaan undang-undang serta terus beristiqamah dalam memberikan perkhidmatan yang tepat untuk agama, bangsa dan negara.

Selain itu, terima kasih jua diucapkan kepada masyarakat desa atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan kepada PDRM selama ini. Konsep ketulusan masyarakat akan diperteguhkan lagi bagi melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab kearah matlamat mewujudkan persekitaran sifar jenayah di Negara ini,ā€ ujar beliau sewaktu membacakan perutusan Ketua Polis Negara semalam.

Supt Anuwal turut menyampaikan surat dan sijil penghargaan Ketua Polis Daerah kepada pegawai polis dan agensi yang telah membantu menjayakan program yang dianjurkan oleh IPD Tampin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda