Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

420 Murid di Kuala Pilah Terima Bantuan Persekolahan

By 21 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Shaharuddin Daud (Kuala Pilah)/Media Parlimen Kuala Pilah

KUALA PILAH, 21 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 420 murid menerima bantuan Program Back to School Parlimen Kuala Pilah bersama Cement Industries of Malaysia Berhad (CIMA) dan Yayasan Bank Rakyat (YBR) yang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Adnan Abu Hassan di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah, kelmarin.

Adnan Abu Hassan dalam ucapannya, berkata Program Back to School Parlimen Kuala Pilah ini adalah satu inisiatif memanifestasikan ekosistem bantuan secara usahasama antara pihak swasta dan agensi kerajaan bersama pejabat Parlimen Kuala Pilah yang bertujuan meringankan beban perbelanjaan keluarga khususnya bagi mereka yang baru memulakan alam persekolahan.

Katanya, pemberian sumbangan begini juga diharap dapat memberi penggalak kepada mereka untuk mempersiapkan diri bagi sesi persekolahan sesi 2023/2024 serta hadir ke sekolah dengan penuh keseronokan.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol Saiful Yazan Sulaiman, ADUN Seri Menanti Datuk Abdul Samad Ibrahim, Pengarah Urusan CIMA Sharuddin Omar Hashim, Pegawai Eksekutif Komunikasi Korporat YBR Nur Izzaty Kamaruddin, Timbalan Pegawai Daerah dan Tanah Kuala Pilah Rijalun Fikri dan wakil-wakil komuniti sekitar Kuala Pilah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda