Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pelajar DUN Kerdau Terima Bantuan Prihatin Pahang Tahun 1

By 29 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: AinilHayati Ibrahim/Mohamad Ishak

TEMERLOH, 29 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 134 murid Tahun 1 di kawasan Dewan Undangan Negeri Kerdau menerima Bantuan Prihatin Pahang Tahun 1 selaras dengan pelancaran Bantuan Prihatin Pahang Kluster Tahun 1 oleh Menteri Besar Pahang, baru-baru ini.

“Sebagai rakyat Pahang, marilah sama-sama kita bersyukur dan berterima kasih atas keprihatinan Kerajaan Negeri dalam membantu rakyat di negeri ini,” kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa Dan Kemajuan Orang Asli Negeri Pahang Datuk Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Beliau turut menyampaikan cek cura Bantuan Prihatin Pahang berjumlah RM269,500 dan cek bernilai RM5,000.00 kepada Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh.

-ZS-

Tinggalkan komen anda