
Laporan/foto: Khairul Akmal Ahmed (Pasir Mas)
PASIR MAS, 17 Mac (Malaysiaaktif) – “Program ini diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat umum untuk mencegah penyakit glaukoma dan penyakit buah pinggang serta bertindak segera dengan cara mendapatkan rawatan jika telah menghidap penyakit tersebut.
“Penting untuk kita mengetahui risiko dan tanda-tanda penyakit ini lebih awal dan kita mempunyai peluang besar untuk mencegah dan merawat penyakit sebelum ke tahap yang berisiko tinggi”.
Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan Dr. Zaini Hussin berkata demikian semasa merasmikan Sambutan Minggu Glaukoma dan Hari Buah Pinggang Sedunia 2023 di Dewan Permai, Hospital Pasir Mas, semalam.
Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan seperti pameran kesihatan, kempen menderma organ dan menderma darah, ceramah kesihatan dan sebagainya.
Turut hadir Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Dr Norazman Alias dan pengarah-pengarah bahagian Jabatan Kesihatan Negeri.
-ZS-