Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Keenakan Sambal Pepijat Jeli

By 17 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nik Faizul Nik Rahmat (Jeli)

JELI, 17 Mac (Malaysiaaktif) – Sambal pepijat diambil sempena nama pokok pepijat dan sinonim dengan namanya yang mengeluarkan aroma pepijat, membuka selera kerana rasa pedas masamnya serta enak dimakan walaupun hanya dengan nasi putih.

Sambal yang mempunyai penggemar tersendiri ini juga sering dijadikan menu tambahan pada majlis-majlis perkahwinan dan sebagainya di jajahan Jeli ini.

Menurut Kak Rah, 74, pembuat dan penjual sambal pepijat di Pasar Pagi Jeli sejak 30 tahun lalu ketika ditemui, berkata proses membuatnya memerlukan masa selama satu hari.

“Adunannya ialah cili kecil, garam, asam keping dan isi ikan yang dikisar, diadun sebelum dijemur di bawah panas matahari,” katanya.

Menurut seorang penggemar sambal tersebut Mohd Ramli Isa, 69, beliau mula menikmati sambal pepijat sejak berumur lima tahun.

“Rasanya agak unik tetapi enak. Saya sanggup datang dari Dabong semata-mata untuk membelinya di sini.

“Sambal ini juga dikenali sebagai sambal ‘giang’ oleh penduduk setempat kerana sekali rasa pasti ‘gian’ (ketagih) untuk makan lagi,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda