Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Tambang Percuma Sehingga 31 Mac di MRT Laluan Putrajaya – Anwar

By 16 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zaidy Salim

PUTRAJAYA, 16 Mac (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah merasmikan Majlis Pelancaran MRT Laluan Putrajaya di Depoh MRT Serdang, pagi tadi.

Beliau berkata pemerkasaan pengangkutan awam amat diperlukan dalam mengatasi kesesakan lalu lintas, yang dilihat telah menjejaskan produktiviti pekerja sekali gus merugikan negara. Kesesakan itu juga, menyebabkan golongan pekerja kehilangan banyak masa hanya untuk ke pejabat dan ia sangat merugikan.

“Soal pengangkutan awam dan kesesakan lalu lintas itu akan menimbulkan soal produktiviti, dan produktiviti negara akan terjejas, kerana kesesakan masa yang diambil pekerja untuk ke tempat kerja,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar mahu setiap projek yang dilaksanakan mengutamakan aspek penyelenggaraan yang telus tanpa sebarang ketirisan dan rasuah, seterusnya membolehkan dapatan kos yang lebih kompetitif.

“Oleh itu, saya setuju mulai hari ini jam 3 petang sehingga 31 Mac kita tidak akan kenakan bayaran bagi yang menggunakan perkhidmatan MRT laluan Putrajaya,” tambahnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika merasmikan Majlis Pelancaran Transit Aliran Massa Fasa Dua (MRT2) Laluan Putrajaya, di Depoh MRT Serdang, yang turut dihadiri Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

-ZS-

Tinggalkan komen anda