Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Persiapan Persekolahan Sesi 2023/2024 Semakin Rancak

By 8 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)

KEMAMAN, 8 Mac (Malaysiaaktif) – Kurang dua minggu lagi cuti persekolahan bakal berakhir, ibu bapa dilihat sibuk membuat persiapan untuk membeli kelengkapan bagi sesi persekolahan akan datang.

Ada juga ibu bapa yang sanggup mengambil cuti pada hari bekerja semata-mata untuk membeli barangan persekolahan anak-anak kerana tidak mahu bersesak pada cuti hujung minggu.

Mohd Razali Awang, 40, dari Seri Bandi, berkata perbelanjaan semakin meningkat, dia memperuntukkan RM500 untuk dua anaknya yang bersekolah dan memastikan anak-anaknya gembira memiliki kelengkapan persekolahan.

“Saya mengambil cuti pada hari bekerja untuk membeli barangan persekolahan anak-anak pada bagi mengelakkan kesesakan pada hujung minggu,” katanya.

Sementara itu, Noorhalhana Abd Ghani, 37, dari Banggol Permai, berkata dia menunggu hari gaji dahulu untuk membeli kelengkapan sekolah seperti baju, kasut, beg dan alat tulis.

“Berlaku kenaikan sedikit pada harga baju dan kasut sekolah, saya mempunyai empat orang anak dan memperuntukkan RM150 untuk setiap seorang,” jelasnya.

Sesi persekolahan bagi tahun 2023/2024 akan bermula pada 19 Mac ini bagi Terengganu, Kelantan, Kedah dan Johor manakala negeri-negeri lain pada 20 Mac.

-ZS-

Tinggalkan komen anda