Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Program Kasih Rahmah: Kembali ke Sekolah Tahun 2023

By 8 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Jamilah Sulaiman Nasution (Negeri Sembilan)/Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan

PORT DICKSON, 8 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 32 orang pelajar telah menerima bantuan melalui Program Kasih Rahmah: Kembali Ke Sekolah Tahun 2023 yang diadakan di Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson semalam.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun program ini mensasarkan anak-anak dari keluarga miskin tegar yang berdaftar di dalam sistem eKasih.

Penerima dipilih melalui senarai Ketua Isi Rumah miskin tegar dan diputuskan secara bersama antara Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Setiap pelajar akan menerima bantuan dalam bentuk pembukaan akaun SSPN bernilai RM100 dan sebuah beg sekolah,” ujarnya ketika berucap merasmikan program.

-ZS-

Tinggalkan komen anda