Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Ramadan Melatih Diri Mencari Keredhaan Allah

By 2 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurul Ain Johari (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 2 Mac (Malaysiaaktif) – Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) dan Hal Ehwal Wanita (HELWA) Daerah Batu Pahat telah mengadakan ceramah bersempena Ihya Ramadan tahun ini yang berlangsung di kediaman rasmi Pegawai Daerah Batu Pahat, pagi ini.

Menurut mantan Kadi Besar Negeri Johor Tuan Haji Mohd Nooh Kadri, Ramadan merupakan bulan untuk masyarakat meningkatkan ketakwaan dan segala kebaikan yang dilakukan akan dilipat gandakan nilai pahalanya.

“Dosa yang berterusan menyebabkan kita sukar untuk mendapat cahaya dan petunjuk Ilahi dan akhirnya kita akan merasa selesa dan sebati dengan maksiat.

“Kita perlu bersungguh-sungguh dalam membersihkan hati agar jiwa, pancaindera dan anggota tubuh badan kita dapat bersatu dan bergerak senada dalam memberikan ketaaatan kepada Allah SWT,” ujarnya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda