Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Sarapan Percuma Ringankan Beban Pelajar

By 22 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zayana Isa/Ihsan POLISAS

KUANTAN, 22 Mac (Malaysiaaktif) – Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) melalui Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) melaksanakan inisiatif agihan sarapan pagi percuma kepada 67 orang pelajar JKE menerusi program ā€˜Breakfast With McDonald’s’ dengan kerjasama McDonalds Indera Mahkota.

Sumbangan sarapan pagi ini diberikan sebulan sekali kepada para pelajar JKE yang terdiri daripada golongan B40 bagi sepanjang sesi 2 2022/2023 yang bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan.

Pengarah POLISAS Norehan Silek ketika dihubungi, berkata program ini merupakan tanda keprihatinan POLISAS dalam memastikan kebajikan pelajar sentiasa diberikan keutamaan.

ā€œDiharapkan program sebegini dapat diperluaskan dan diteruskan lagi pada semester-semester yang akan datang, dalam usaha untuk meringankan sedikit beban pelajar yang terkesan dan membantu pelajar untuk terus fokus dalam pembelajaran,ā€ katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda