Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Sarapan Percuma Ringankan Beban Pelajar

By 22 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zayana Isa/Ihsan POLISAS

KUANTAN, 22 Mac (Malaysiaaktif) – Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) melalui Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) melaksanakan inisiatif agihan sarapan pagi percuma kepada 67 orang pelajar JKE menerusi program ‘Breakfast With McDonald’s’ dengan kerjasama McDonalds Indera Mahkota.

Sumbangan sarapan pagi ini diberikan sebulan sekali kepada para pelajar JKE yang terdiri daripada golongan B40 bagi sepanjang sesi 2 2022/2023 yang bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan.

Pengarah POLISAS Norehan Silek ketika dihubungi, berkata program ini merupakan tanda keprihatinan POLISAS dalam memastikan kebajikan pelajar sentiasa diberikan keutamaan.

“Diharapkan program sebegini dapat diperluaskan dan diteruskan lagi pada semester-semester yang akan datang, dalam usaha untuk meringankan sedikit beban pelajar yang terkesan dan membantu pelajar untuk terus fokus dalam pembelajaran,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda