Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

1 Juta Penduduk Kuala Lumpur Dijangka Pulang ke Kampung Sempena Cuti Aidilfitri

By 12 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Irina Abd Samad

KUALA LUMPUR, 12 Apr (Malaysiaaktif) – Hampir 1 juta warga Kuala Lumpur dijangka pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri bermula 20 April ini.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yahaya Othman, berkata angka itu merupakan 60 peratus daripada jumlah penduduk kota raya ketika ini.

Katanya, pihak polis menyasarkan seramai mungkin penduduk mengisi borang maklumat balik kampung dan menghantar borang tersebut ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berdekatan atau menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) untuk pihak polis membuat rondaan secara berkala.

“Ianya bertujuan bagi membantu pihak polis membuat pemantauan terhadap kediaman yang ditinggalkan dan memudahkan pihak polis berhubung dengan pemilik kediaman sekiranya berlaku sesuatu kejadian,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Kempen Pemanduan Berhemah dan Rumah Selamat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, semalam.

Tambahnya, berdasarkan statistik kes kemalangan jalan raya, Januari hingga Mac 2023, jumlah kemalangan maut menunjukkan peningkatan sebanyak lima kes untuk tiga bulan utama ini.

“Kecederaan ringan menunjukkan 58 kes dan cedera parah menunjukkan penurunan sebanyak satu kes berbanding tahun 2022.

“Peningkatan jumlah kemalangan pada tahun 2022 dan 2023 ini adalah sebanyak 33 peratus. Dianggarkan sebanyak 600 pegawai dan anggota polis KL akan bertugas sepanjang kempen berlangsung bermula hari ini (Selasa) hingga 25 April 2023,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda