
Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan (Segamat)
SEGAMAT, 21 Apr (Malaysiaaktif) –
Pasarayaku Labis sekali lagi telah dipilih sebagai lokasi Program Riang Ria Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2023 bersama Pusat Khidmat DUN Tenang yang berbesar hati menyediakan tempat bagi peserta program mencari pakaian raya.
Seramai 100 kanak-kanak terpilih menyertai program, di sini baru-baru ini yang diaturkan sejak beberapa bulan lalu.
Ahli DUN Tenang Haslinda Salleh, berkata dengan keadaan ekonomi ketika ini yang tidak menentu menyukarkan keluarga B40 untuk membeli baju baharu untuk menyambut hari raya.
“Merasakan diri ini terpanggil bagi meringankan beban keluarga B40, pihak kami sedaya upaya menjalankan program sedemikian agar anak-anak dalam kawasan Tenang menikmati suasana hari raya seperti kanak-kanak lain,” ujarnya.
-ZS-