Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Kempen Satu Staf Satu Barang KPJ Johor Bantu 30 Keluarga Kurang Bernasib Baik

By 21 April 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman/KPJ Johor (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 21 Apr (Malaysiaaktif) – Lebih 30 keluarga kurang bernasib baik di sekitar Johor Bahru dan Kukup, Pontian menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Hospital Pakar KPJ Johor menerusi Kempen Satu Staf Satu Barang yang dianjurkan hospital berkenaan.

Antara sumbangan yang disalurkan ialah beras, minyak masak, tepung, gula, rempah ratus dan paket nasi impit.

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Johor, Haliza Khalid, berkata barangan keperluan tersebut merupakan sumbangan daripada setiap warga kerja KPJ Johor untuk membantu keluarga yang kurang bernasib baik.

“Jika sebelum ini pihak hospital hanya menyalurkan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik atau ke rumah kebajikan, namun kali ini berbeza apabila staf sendiri yang menyalurkan sumbangan seterusnya mengalakkan mereka bersedekah,” katanya.

Program penyerahan sumbangan rumah ke rumah tersebut turut disertai Ketua Pegawai Kejururawatan KPJ Johor, Azalina Abd Rahman dan warga kerja dari pelbagai unit.

Kempen yang julung kali diadakan di hospital ini merupakan salah satu pengisian aktiviti warga kerja KPJ Johor di bulan Ramadan tahun ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda