Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

2,000 Pek Bubur Lambuk Diagih Secara Pandu Lalu

By 3 April 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Sukri Ibrahim/Uraidah Zetti Md. Arifin (Kemaman)

KEMAMAN, 3 Apr (Malaysiaaktif) – Pejabat Perpaduan Daerah Kemaman dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kemaman dan agensi kerajaan telah mengagihkan 2,000 pek bubur lambuk kepada orang ramai secara pandu lalu di hadapan sebuah pasar raya, di sini kelmarin.

Pegawai Perpaduan Daerah Kemaman Mohd Apendi Hussin, berkata Program Gerak RAHMAH: Jom Masak Bubur Lambuk 2023 ini merupakan program yang diadakan secara serentak di seluruh negara juga diselitkan dengan pemberian barangan dapur kepada 16 orang asnaf yang terpilih dalam daerah ini.

“Seramai 100 orang dari pelbagai kaum terlibat pada program hari ini bagi memasak dan mengedarkan bubur lambuk melibatkan empat biji kawah besar,” katanya.

Menurut Pengerusi KRT Kampung Mak Dayang Teo Nyon foy, 60, beliau teruja kerana kebiasaannya orang Melayu sahaja yang memasak makanan tersebut.

“Di samping dapat merapatkan hubungan antara kaum di daerah ini, program ini juga memberikan satu pengalaman baharu kepada kami masyarakat Tionghua mengenai bubur lambuk seperti resepi yang digunakan di samping cara memasaknya,” ujarnya.

Program Gerak RAHMAH: Jom Masak Bubur Lambuk 2023 yang berlangsung selama sehari ini telah dirasmikan oleh Penghulu Mukim Telok Kalong Mohd Nazri Othman mewakili Ketua Polis Daerah Kemaman Hanyan Ramlan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda