Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Taklimat Isu Semasa Beri Kesedaran Baik Buruk Media Sosial dalam Kalangan Remaja

By 3 April 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nor Shazreena Harith/Siti Hajar Kamis

SEREMBAN, 3 Apr (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Seremban dengan kerjasama Persatuan Gabungan Pelajar Malaysia Semenanjung dan Kolej Vokasional Ampangan telah menganjurkan Kem Wasatiyyah Remaja Ihya Ramadan 2023 di sini baru-baru ini sebagai salah satu aktiviti orientasi bagi pelajar baharu.

Pelajar telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti dan taklimat isu semasa yang disampaikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Seremban Puan Fauziah Abdullah bertajuk ‘Media Sosial vs Remaja’.

“Semua pelajar perlu sentiasa berhati-hati dalam menggunakan media sosial serta pandai membahagikan masa dalam pelajaran,” katanya.

Seorang pelajar Mohd Amirul Azman, 18, menyatakan rasa gembira dengan program yang telah dianjurkan.

“Alhamdulillah cuti hujung minggu kami pada kali ini dapat diisi dengan aktiviti dan program yang menarik.

“Ceramah yang disampaikan oleh Puan Fauziah bersahaja dan sangat mudah difahami,” katanya.

Turut diadakan kuiz media sosial, pameran, memasak dan mengedar bubur lambuk.

-ZS-

Tinggalkan komen anda