Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

315 Asnaf dan Fakir Jempol Terima Sumbangan Aidilfitri

By 8 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Zuraida MD Nor Aidi/Muhd Hafizi Zainal (Jempol)

JEMPOL, 8 Apr (Malaysiaaktif) – Seramai 315 asnaf dan fakir miskin, di sini baru-baru menerima sumbangan bagi menampung perbelanjaan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

Pihak Kerajaan Negeri Sembilan melalui Menteri Besar Diperbadankan (MBI) memberikan RM1,000 kepada setiap golongan fakir dan RM800 kepada orang miskin.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dalam ucapannya berharap sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu menyediakan kelengkapan dan persiapan untuk menyambut lebaran.

“Saya menyarankan agar kesemua penerima dapat merancang perbelanjaan dengan bijak agar mempunyai sedikit wang simpanan walaupun kita meraikan hari raya yang akan datang”, ujarnya.

Menurut salah seorang penerima yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Mariah Dinin, 70, beliau sangat teruja dan berterima kasih kepada kerajaan Negeri Sembilan atas sumbangan yang sangat membantu dalam membuat persiapan menyambut Syawal.

Bagi Subiah Jamaludin, 43, sumbangan yang diterima sangat membantu dirinya yang lumpuh.

“Tahap kesihatan saya semakin merosot, perniagaan yang diusahakan juga agak perlahan dan hasil jualan yang berkurangan.

“Melalui sumbangan ini akan meringankan beban dan dapat membuat sedikit persiapan menjelang hari lebaran,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda