Laporan/foto: Khairul Othman/Abd Halim Jumat (Jelebu)
JELEBU, 8 Apr (Malaysiaaktif) – Lebih 1,500 orang hadir dalam Majlis Santunan Kasih Ramadan yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Sembilan di Kompleks Pentadbiran dan Khidmat Rakyat Parlimen Jelebu, baru-baru ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang hadir pada majlis tersebut mengumumkan keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Projek Peserta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) Tahun 2022 yang berjumlah RM182,785,208.18 dan bakal memanfaatkan seramai 68,437 peserta di seluruh Malaysia.
“Perpaduan, ukhwah serta kerjasama diantara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri sangat diperlukan dalam membangunkan Malaysia Madani contohnya seperti kerjasama pada majlis hari ini,” katanya.
Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada masjid dan pusat Tahfiz sekitar Dewan Undangan Negeri Pertang sebanyak RM86,000 dan agihan duit raya kepada pelajar tahfiz serta asnaf.
Turut hadir Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Luar Negeri Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir, Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Pengerusi FELCRA Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.
-ZS-