
Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat
KANGAR, 7 Apr (Malaysiaaktif) – Aplikasi ‘Price Catcher’ yang diperkenalkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mampu membantu pengguna membuat perancangan perbelanjaan harian.
‘Price Catcher’ merupakan aplikasi percuma yang dibangunkan KPDN bagi membantu pengguna untuk membuat semakan harga barangan keperluan terkini.
KPDN Perlis mengambil inisiatif membuka kaunter khas untuk memberikan penerangan tentang perkhidmatan aplikasi ‘Price Catcher’ pada setiap hari Khamis di Bazar Rahmah Ramadan Perlis di Jalan Persiaran Wawasan, di sini.
Menurut seorang kakitangan awam Shameelawati Shaari, 41, kemudahan seperti aplikasi ‘Price Catcher’ memudahkan ibu sepertinya membuat perbandingan harga barang-barang.
“Aplikasi ini juga sebenarnya membantu pengguna untuk tahu lebih banyak maklumat mengenai harga pasaran bagi barangan keperluan harian terutama harga terendah dan harga siling bagi satu-satu barang-barang kawalan.
“Seterusnya membantu saya dalam membuat perancangan perbelanjaan harian bagi mendapatkan barang-barang keperluan seperti beras, telur dan ayam,” ujarnya.
-ZS-