Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

KPDN Perlis Pantau Keberadaan Bahan Mentah Menjelang Aidilfitri

By 7 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat

KANGAR, 7 Apr (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis akan sentiasa memantau keberadaan bahan-bahan mentah menjelang sambutan hari raya.

Menurut Pengarah KPDN Perlis Norazah Jaapar pihaknya memantau barangan keperluan yang mendapat permintaan tinggi seperti ayam, daging, bawang dan kelapa menjelang Aidilfitri yang akan disambut dua minggu lagi.

“Sekiranya ada permasalahan pembekalan bahan-bahan mentah kepada pengguna, pihak KPDN juga akan berhubung dengan agensi-agensi kerajaan berkaitan seperti Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) dan sebagainya.

“Pihak kami juga sangat mengharapkan pengguna menggunakan saluran-saluran aduan rasmi supaya pihak KPDN dapat membuat pemantauan tepat jika berlaku pertikaian harga dan kekurangan barang keperluan harian,” katanya ketika ditemui semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda