
Laporan/foto: Ismael Idris (Jasin)/Akmal Salleh
MERLIMAU, 10 Apr (Malaysiaaktif) – Program Berbuka Sekampung di Dataran Orang Kampung Merlimau pada Sabtu lalu mendapat sambutan yang positif daripada penduduk sekitar.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau Dr Akmal Salleh, Dataran Orang Kampung dibuka setiap hari kepada orang ramai yang ingin berbuka puasa sejak pada 1 Ramadan lagi.
“Saya dapati ramai yang hadir berbuka di sini kerana berhampiran dengan masjid sekali gus dapat memudahkan semua orang untuk solat dan saya turun untuk bersama dengan masyarakat di Merlimau ini untuk berbuka bersama mereka,” ujarnya.
-ZS-