Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Centexs Commercial Ceriakan Sambutan Hari Raya Anak-anak Pertubuhan Kebajikan

By 10 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norlia Mili (Sarawak)

KUCHING, 10 Apr (Malaysiaaktif) – Hari Raya Aidilfitri tahun ini pasti akan lebih bermakna dan bertambah ceria bagi anak-anak Pertubuhan Kebajikan Baiturrahmah dan Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Murni apabila menerima sumbangan pakaian dan duit raya.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-Undang, MA 63 dam Hubungan Negeri-Negeri Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali hadir menyampaikan sumbangan tersebut dalam Program Penyerahan Amal Ramadan oleh Centexs Commercial dan rakan strategik.

“Tahniah dan syabas kepada Centexs Commercial kerana mengadakan insiatif yang begitu murni dan menceriakan Ramadan serta hari raya bagi anak-anak di kedua-dua pertubuhan kebajikan ini,” katanya.

Kegembiraan ini turut dirasai oleh Azrul Abdullah, 16, salah seorang anak Baiturrahmah yang menetap di rumah wakaf Baitulmal Sarawak bersama dua lagi adiknya.

“Saya berharap sumbangan ini dapat meringankan beban ibunya pada Syawal ini,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda