Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

MPJ Ceriakan Anak Yatim

By 10 April 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Ismael Idris (Jasin)/Majlis Perbandaran Jasin

JASIN, 10 Apr (Malaysiaaktif) – Program Kasih Mu Ramadan Mewarnai Syawal Bersama Anak Yatim di Mydin Jasin telah berlangsung semalam dengan penuh keceriaan di wajah anak-anak yatim tersebut. Mereka diraikan dengan menerima sumbangan merupakan kelengkapan pakaian hari raya.

Menurut Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Jasin Rosemanizam Mohammed Nalif, program ini merupakan tanggungjawab sosial korporat Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dalam usaha menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada golongan sasar di bawah pentadbiran MPJ khususnya anak y

“Saya berharap sumbangan yang disalurkan ini dapat membantu mengurangkan bebanan mereka dalam membeli kelengkapan hari raya sekali gus dapat memberi sinar keceriaan dalam menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri tidak berapa lama lagi,” ujarnya.

Seramai 30 orang penerima yang terdiri daripada anak-anak yatim di dalam kawasan pentadbiran MPJ telah menerima sumbangan tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda