
Laporan/foto: Amirul Azim Othman (Melaka Tengah)
MELAKA, 14 Apr (Malaysiaaktif) – ‘Dusun Busker’ merupakan sekumpulan pemuzik yang dianggotai lima orang penghuni yang ditubuhkan pada penghujung tahun 2022 disebalik tirai besi penjara Dusun Dato’ Murad.
Dendangan lagu hasil nukilan insan yang menyesali kisah silam mereka menjadi salah satu asbab terpancarnya keikhlasan dari hati mereka yang mengharapkan kehidupan yang lebih baik.
“Menurut Pegawai Psikologi Jabatan Penjara Malaysia Norazlan Sarmudan, kumpulan pemuzik ini ditubuhkan bertujuan sebagai salah satu latihan pra pembebasan di bawah Program Pemulihan Insan (PTI).
“Dengan adanya aktiviti ini kami berharap agar mereka bersedia menghadapi masa depan dalam membina kerjaya serta menepis persepsi negatif masyarakat setelah bebas kelak,” ujar Norazlan.
-ZS-