Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Gotong-Royong Ramadan Eratkan Ukhuwah Antara Agensi

By 6 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Wan Izati/Ahmad Faisal (Kuala Kangsar)

KUALA KANGSAR, 6 Apr (Malaysiaaktif) – Amalan gotong-royong begitu sinonim dengan masyarakat kita dan ia sentiasa menjadi pilihan terutama dalam menyediakan juadah istimewa seperti bubur lambuk ketika Ramadan.

Program gotong-royong anjuran bersama (Jabatan Sukarelawan Malaysia) RELA, Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Daerah, Pejabat Penerangan Daerah dan Amanah Ikhtiar di Taman Raja Idris di sini berjaya memasak 300 bekas bubur lambuk untuk diedarkan kepada penduduk setempat.

Menurut Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Kangsar Hajar Mohamed Ghazali, program sebegini diharap dapat mengeratkan hubungan ukhuwah yang terjalin antara agensi terlibat.

“Buat pertama kalinya, program gotong-royong begini kita adakan di taman ini. Hasilnya, semangat berpasukan dapat dilihat dan diharapkan agar kerjasama antara kita dapat diteruskan dan berkekalan pada masa akan datang,” ujarnya ketika ditemui semalam.

Bubur lambuk dan sumbangan kurma diagihkan kepada orang ramai di kiosk Pejabat Penerangan Daerah dan pada masa yang sama edaran bahan penerbitan berkaitan dasar-dasar kerajaan turut dibuat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda