Laporan/foto: Zurina Saad (Yan)
YAN, 6 Apr (Malaysiaaktif) – Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin telah berkenan berangkat ke Majlis Penyampaian Sumbangan Sempena Ramadan anjuran Jemaah Dato’-Dato’ Negeri Kedah, di Dewan Serbaguna Guar Chempedak, di sini hari ini.
Baginda yang juga Presiden Jemaah Dato’-Dato’ Negeri Kedah turut berkenan menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan harian kepada 100 orang penerima bagi meringankan beban mereka sempena Ramadan dan hari raya nanti.
Pegawai Daerah Yan Mohamad Subhi Abdullah mengucapkan terima kasih kepada Jemaah Dato-Dato Kedah kerana telah memilih daerah Yan sebagai lokasi sumbangan pada tahun ini.
“Saya mengharapkan agar penerima dapat menggunakan dengan sebaiknya sumbangan yang diterima pada hari ini.
Sementara itu, salah seorang penerima, Ahmad Saad, 63, bersyukur kerana terpilih sebagai salah seorang penerima.
“Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jemaah Dato’-Dato’ Kedah atas sumbangan ini dan akan menggunakan sumbangan ini untuk membuat persiapan menyambut hari raya tidak lama lagi.
“Tambahan pula saya tidak dapat bekerja kerana mengalami patah tulang paha,” ujarnya.
-ZS-