Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

JIWA Ramadan Santuni Komuniti Setempat

By 10 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mahyudin Abd Rani/Muhamad Zaini Dolah (Seberang Perai Selatan)

SUNGAI BAKAP, 10 Apr (Malaysiaktif) – Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) anjuran Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan diteruskan dengan kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap menjadi tumpuan.

Program yang mendapat kerjasama Pejabat Parlimen Nibong Tebal turut disertai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah Seberang Perai Selatan dan PERKESO Pulau Pinang diadakan di Madrasah Permatang Ara, di sini.

Penyampaian sumbangan bakul makanan yang disediakan oleh Pejabat Parlimen Nibong Tebal diberikan kepada penerima-penerima yang kurang bernasib baik.

Menurut Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sungai Bakap Selatan Noremy Mat Isa, pihaknya menghargai usaha penganjuran program dalam menyebarluaskan konsep Malaysia Madani kepada masyarakat di samping majlis berbuka puasa untuk menyantuni golongan kurang bernasib baik.

Sesi taklimat Malaysia Madani turut diadakan dan disampaikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan Farhani Ismail.

“Usaha seperti ini perlu diteruskan kerana ianya merupakan platform terbaik untuk menyampaikan maklumat kerajaan kepada rakyat” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda