Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

YAYSH Cakna Anak-anak Yatim di Daerah Baling

By 10 April 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zaharah Ismail (Baling)

BALING, 10 Apr (Malaysiaaktif) – Che Puan Besar Kedah Tuanku Hajah Haminah Haji Hamidun melalui Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH) berkenan menyampaikan sumbangan hari raya berupa wang tunai, pakaian, kurma dan juga hamper kepada 20 orang anak-anak yatim, di sini semalam.

Pegawai Daerah Baling Haji Mohd Shahadan Haji Abdullah menjunjung setinggi-tinggi penghargaan di atas keberangkatan Che Puan Besar Kedah yang mengurniakan sumbangan hari raya kepada anak-anak yatim terpilih di daerah Baling.

“Sumbangan ini amat besar nilainya dan dapat meringankan beban keluarga dan ianya juga mempunyai nilai nostalgia yang amat mendalam kepada setiap jiwa anak yatim yang menerimanya,” katanya.

Turut hadir Ahli Lembaga Pengarah YAYSH dan ketua-ketua jabatan di daerah Baling.

-ZS-

Tinggalkan komen anda