Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

JKM, FAM Raikan 248 Penerima Bantuan Aidilfitri Parlimen Hang Tuah Jaya

By 12 April 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Khairunnisa Abd Rahman/Food Aid Melaka (Melaka Tengah)

PENGKALAN BATU, 12 Apr (Malaysiaaktif) – Keceriaan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi terpancar di wajah 248 penerima sumbangan Bantuan Aidilfitri Parlimen Hang Tuah Jaya yang diraikan di Dewan Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Pengkalan Batu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Datuk Kalsom Noordin mewakili Ketua Menteri dalam ucapannya menyebut bahawa RM348,000 diperuntukkan untuk 1,740 penerima di Melaka.

“Hari ini kita meraikan 248 penerima sumbangan yang menerima duit raya berjumlah RM49,600. Penerima bukan daripada kalangan penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Semua golongan tidak terkecuali termasuk golongan miskin, anak yatim, warga emas, orang kurang upaya, ibu tunggal dan golongan yang tidak berkemampuan,” ujarnya lagi.

Pengerusi Food Aid Melaka (FAM) Norashikin Ismail pula berbesar hati menyumbang 250 bakul makanan kepada penerima-penerima sumbangan serta turut menyerahkan Borang Keahlian Sukarelawan JKM dari FAM kepada Kalsom.

-ZS-

Tinggalkan komen anda