
Laporan/foto: Zurina Saad (Yan)
YAN, 10 Apr (Malaysiaaktif) – Seramai 20 orang anak yatim daerah Yan telah diraikan dalam satu majlis iftar dan penyampaian sumbangan oleh Che Puan Besar Kedah Hajah Haminah Hj. Hamidun di Masjid Sultanah Haminah, Dulang Kechil di sini baru-baru ini melalui Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH).
Che Puan Besar Kedah mengurniakan sumbangan berupa wang tunai, baju raya, hamper dan kurma sebagai persiapan anak-anak yatim ini menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.
YAYSH mensasarkan bantuan kepada anak-anak yatim yang tinggal bersama keluarga mereka berbanding yang tinggal di rumah anak yatim dan dilihat sebagai langkah terbaik bagi memastikan sumbangan terus kepada golongan sasar.
Pegawai Daerah Yan Muhammad Subhi Abdullah mengucapkan terima kasih kepada pihak YAYSH kerana sudi ke daerah Yan dan menyantuni anak-anak yatim tersebut
“Saya mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan dan bantuan dari mana-mana pihak yang berhasrat untuk berbuat sedemikian dan bolehlah berhubung dengan Pejabat Daerah untuk diselaraskan,” ujarnya.
-ZS-