
Laporan/foto: Nik Faizul Nik Rahmat (Jeli)
JELI, 28 Apr (Malaysiaaktif) – Sempena musim perayaan ini, Kempen Keselamatan Jalan Raya 2023 telah diadakan di perkarangan stesen minyak Petronas Jeli yang dirasmikan oleh Ketua Jajahan Jeli Nik Raisnan Daud, di sini baru-baru ini.
“Program ini dilaksanakan bermatlamat meningkatkan kesedaran keselamatan di jalan raya terutamanya kepada pemandu yang pulang beraya dan menempuh kesesakan lalu lintas,” ujarnya.
Menurut Norazreen Shamsudin, 36, kempen keselamatan jalan raya sempena musim perayaan amat sesuai agar orang ramai yang balik kampung berhari raya sentiasa beringat, berwaspada dan sentiasa memandu dengan cermat.
Selain itu bagi Wan Jusoh, 45, berkata pengguna jalan raya diingatkan untuk sentiasa mematuhi undang-undang, memandu dengan berhemah, sentiasa bertolak ansur serta berhenti rehat jika mengantuk bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku dan boleh meragut nyawa.”
Turut diadakan konvoi kenderaan oleh Pasukan Keselamatan Daerah Jeli dan agihan topi keledar serta cenderamata untuk penunggang motosikal dan pemandu kereta yang disampaikan sendiri oleh Ketua Jajahan Jeli.
-ZS-