Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Aktiviti Menimba Ikan Selepas Sambut Raya

By 28 April 2023Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Tanah Merah)

TANAH MERAH, 28 Apr (Malaysiaaktif) – Selepas puas menyambut hari raya, penduduk Kampung Kuala Kepok, di sini mula melakukan pekerjaan harian untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Antaranya melakukan kegiatan menimba ikan bagi menambah pendapatan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Mukim Bukit Kechik, Mohd Nor Hassan, 63, pada musim kemarau, banyak sungai dan tali air kering dan penduduk di kampung ini mengambil kesempatan untuk menimba di tali air mencari ikan darat samada dijual atau dibuat lauk.

“Sebanyak dua unit mesin penyedut air digunakan untuk menimba tali air dan mengambil masa hampir 13 jam untuk dikeringkan.” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Ab.Aziz Hussin, 62, dari Kampung Bendang Nyiur, berkata beliau menyokong dan bersetuju dengan aktiviti menimba ikan ini di tali air berhampiran kebun kelapa sawit beliau.

“Penduduk kampung telah bergotong-royong menangkap ikan dalam tali air ini menyebabkan keadaan tali air bersih dan memudahkan aliran air untuk tanaman kelapa sawit,” katanya sambil melihat penduduk kampung menangkap ikan.

Mohd Firdaus Mat Adam, 19, dari Kampung Kuala Kepok, berkata beliau bersama rakan-rakan seramai 20 orang telah melakukan kerja menimba ikan sejak hari kelmarin hingga semalam.

“Memang sukar menangkap ikan di dalam tali air yang penuh tunggul kayu, sampah-sarap dan bahan buangan tetapi seronok apabila melihat ikan melompat setelah air dikeringkan.

“Namun perlu diingatkan keselamatan wajar diutamakan semasa menangkap ikan kerana dikhuatiri ada binatang berbisa seperti ular, jengking atau binatang bisa lain yang tidak nampak di dalam air.” katanya.

Lebih 60 kilogram ikan haruan, keli, baung, sepat dan lain-lain yang diperolehi akan dibahagi kepada mereka yang sama-sama menimba.

-ZS-

Tinggalkan komen anda