Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Cameron Highlands Kembali Meriah

By 29 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Arief

CAMERON HIGHLANDS, 29 Apr (Malaysiaaktif) – Setelah sebulan sepi daripada kunjungan pelancong pada Ramadan lalu, kini daerah Cameron Highlands kembali meriah.

Salah seorang pengusaha rumah inap di sini, Wan Azamira Wan Abdul Jamal, 41, berkata tempahan di inap desanya penuh sepanjang minggu ini.

“Alhamdulillah, rumah inap yang diusahakan saya penuh ditempah sepanjang minggu ini dan saya menjangkakan hal ini akan berlarutan memandangkan terdapat dua lagi cuti umum iaitu Hari Pekerja dan juga Hari Wesak pada minggu yang akan datang,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, rata-rata pelancong menggunakan laluan Cameron Highlands yang menghubungkan negeri Pahang, Perak dan juga Kelantan ini sebagai jalan alternatif untuk balik ke rumah masing masing setelah pulang beraya di kampung halaman dan berhenti singgah untuk melancong mahupun berehat sebelum meneruskan perjalanan mereka.

Selain perusahaan rumah inap pusat tumpuan pelancongan di sini juga kembali rancak seperti di Medan Agro Kea Farm, ladang-ladang teh dan lain- lain yang sekaligus secara tidak langsung menjana kembali ekonomi terutamanya peniaga-peniaga kecil.

-ZS-

Tinggalkan komen anda