
Laporan/foto: Zurina Saad (Yan)
YAN, 4 Apr (Malaysiaaktif) – Seorang pesara guru kini mampu tersenyum lebar apabila tanaman cili fertigasinya kini membuahkan hasil yang lumayan setelah beliau menjadikan halaman rumahnya sebagai lokasi untuk menanam 1,000 pokok cili merah jenis Sakata 461.
“Bukan sesuatu yang mudah untuk tanam cili fertigasi ini kerana ia memerlukan penjagaan yang rapi dan mudah mendapat serangan serangga perosak seperti virus mozek dan serangga seperti lalat buah.
“Disebabkan itu, ramai tidak berani mengambil risiko untuk menanam secara besar-besaran,” ujar Mohsin Shaib, 62, ketika di temui di rumahnya.
Jelasnya lagi, tanaman cili secara fertigasi adalah konsep tanaman yang menggunakan teknologi kawalan baja, air dan baja secara automatik.
“Hasil kutipan akan dipasarkan ke pasaran tempatan dan setiap kali kutipan mampu menghasilkan sebanyak 600 kilogram,” ujarnya mengakhiri perbualan.
-ZS-