Laporan/foto: Muhamad Zaini Dollah (SPS)
SUNGAI BAKAU, 4 Apr (Malaysiaaktif) – Seramai 100 orang penduduk telah menghadiri majlis berbuka puasa yang diadakan di Surau Nurul Hakim, Sungai Bakau sempena Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) anjuran Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sungai Bakau.
Menurut Pegawai Penerangan Daerah SPS Farhani Ismai, program ini bertujuan mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat serta membawa aspirasi kerajaan dalam mengetengahkan konsep Malaysia Madani yang berteraskan enam rukun agar dapat meningkatkan kesedaran serta kefahaman rakyat terhadap dasar, program dan inisiatif kerajaan ke arah pembangunan negara yang progresif, dinamik dan makmur bersama.
“Kami bersama-sama dengan rakan strategik, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Pulau Pinang menyantuni penduduk sekitar dalam menyampaikan perkongsian maklumat yang bermanfaat,” ujarnya.
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Nibong Tebal juga turut menyumbang bantuan Bakul RAHMAH kepada golongan memerlukan sempena Majlis Iftar yang diadakan.
-ZS-