Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Jumlah Penghulu Luak Tanah Mengandung Kini Lengkap

By 4 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hasrulazlinda Hassan/Mohd Khairulnizam Yunus (IPN Seremban)

KUALA PILAH, 4 Apr (Malaysiaaktif) – Luak Tanah Mengandung yang berpusat di Seri Menanti adalah gabungan Luak Ulu Muar, Luar Jempol, Luak Terachi, Luak Gunung Pasir dan Luak Inas yang mana Penghulu setiap luak tersebut telah lengkap dengan Penzahiran Penghulu Luak Jempol ke-12 di Istana Besar Seri Menanti, di sini Ahad lalu.

Mazri Haji Mansol telah dipilih dan dilantik sebagai Penghulu Luak Jempol pada 4 Ogos 2022 dengan gelaran Yang Mulia Dato’ Lela Putra Setiawan setelah penyandangnya meninggal dunia.

Istiadat Menzahirkan Kejadian Penghulu Luak Jempol ke-12 telah disempurnakan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

“Beta berharap agar perlantikan ini akan memberikan satu amanah dan tanggungjawab yang harus dipikul oleh Penghulu untuk menjalankan tugas yang diberikan dengan sebaiknya,” titah baginda.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan Pegawai Daerah Kuala Pilah Mohd Faizal Abdul Manap.

-ZS-

Tinggalkan komen anda