Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Sambutan Nuzul Quran Bersama YKSNS

By 10 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hamidah Md Drus (Kuala Pilah)/Mohd Khairulnizam Mohd Yunus (Negeri Sembilan)

KUALA PILAH, 10 Apr (Malaysiaaktif) – Bersempena dengan Sambutan Hari Nurul Quran pada 17 Ramadan, Pejabat Penerangan Daerah Kuala Pilah melalui Program Jalinan Insan Wahana Asprirasi (JIWA), menyantuni pelajar Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan (YKSNS), di sini Sabtu lalu.

Penghuni di YKSNS terdiri daripada kalangan saudara baru, golongan asnaf, ibu tunggal, remaja dan saudara yang memerlukan bimbingan serta pertolongan di Negeri Sembilan.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Kuala Pilah Shaharuddin Daud, selain dapat berbuka puasa bersama-sama, mendekati, menyantuni serta meraikan mereka di bulan mulia ini pihak Pejabat Penerangan Kuala Pilah juga dapat berkongsi dasar-dasar kerajaan.

“Di samping meningkatkan kefahaman rakyat terhadap inisiatif-inisiatif kerajaan, program sebegini dapat mengeratkan jaringan komunikasi antara jabatan kerajaan dan masyarakat setempat,” ujarnya.

Program dimulakan dengan majlis khatam al-Quran, bacaan Yassin dan Tahlil. Seterusnya berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan tarawih berjemaah.

Sementara itu, seorang penghuni di situ, Rasul, 11, memberitahu telah tinggal di YKSNS selama sebelas tahun semenjak bayi.

“Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pejabat Penerangan atas garapan erti kasih sayang dalam Enam Rukun Malaysia Madani yang banyak beri pengajaran kepada kami di sini,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda