Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Skuad Kecoh Sahur Kongsi Rezeki Ramadan

By 16 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azreen Ahmad/Nor Farhana Azman

MERLIMAU 16 Apr (Malaysiaaktif) – Skuad Kecoh Sahur telah bergerak ke 10 buah rumah golongan asnaf di sekitar kawasan Merlimau bagi menyampaikan sumbangan barang keperluan asas bagi persediaan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.

Menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya Adam Adli Abdul Halim, program sebegini akan dapat memberi inspirasi kepada semua lapisan masyarakat agar saling menghulur bantuan kepada golongan yang memerlukan dan sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam menyambut hari raya nanti.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua agensi yang telah menjayakan program sebegini termasuklah pihak McDonalds Merlimau yang sudi menaja juadah sahur di bawah program CSR McD bersama masyarakat,” ujarnya.

Program ini dianjurkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Jasin dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Daerah Jasin, Pejabat Penerangan Daerah Jasin, Bahagian Khidmat Musaa’dah dan Pembangunan Belia, Jabatan Ketua Menteri Melaka, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Penjawat Awam (PUSPANITA) Daerah Jasin, Gerakan Belia 4B Daerah Jasin dan Skuad Antidadah Daerah Jasin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda