Laporan/foto: Muhammad Azran Abdul Malek (Alor Gajah)
ALOR GAJAH, 16 Apr (Malaysiaaktif) – Seramai 170 orang barisan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya menerima ang pau raya daripada Ahli DUN Machap Jaya, kelmarin.
“Semoga dengan sedikit sumbangan duit raya ini dapat menaikkan lagi semangat barisan ahli jawatankuasa JPKK yang telah dilantik untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
“Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang beragama Islam dan diharapkan barisan JPKK sentiasa peka dengan permasalahan rakyat di kawasan masing-masing dan terus melaporkan masalah yang timbul kepada saya agar tindakan segera dapat diambil untuk mengatasinya,” kata Ahli DUN Machap Jaya Ngwe Hee Sem.
Barisan JPKK turut menerima sumbangan kuih raya dalam satu jamuan berbuka puasa yang diadakan di A’famosa Resort.
-ZS-