
Laporan/foto: Shaharuddin Daud (Kuala Pilah)/Unit Media Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah
KUALA PILAH, 11 Apr (Malaysiaaktif) – Penggunaan slogan Bersih, Muafakat dan Sejahtera oleh Kerajaan Negeri sejak 2018 dilihat sebagai tunjang untuk menyambut seruan madani itu sendiri yang telah digagaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak tahun 90-an lagi.
“Sebagaimana yang kita maklum, konsep Malaysia Madani memupuk satu semangat peradaban ketamadunan manusia yang bersih, muafakat dan sejahtera dan ini sebenarnya telah diterapkan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri,” jelas penceramah Nor Azman Mohamad kepada hadirin Program Bicara Ilmu: Malaysia Madani Peringkat Daerah Kuala Pilah di Dewan Dato’ Bahaman, semalam.
“Bukan itu sahaja, kesan slogan ini telah menjadikan Negeri Sembilan berada dalam kelompok negeri yang mempunyai pencapaian tahap kesihatan, pendidikan, kelestarian alam semula jadi dan sosioekonomi yang baik. Malah, gabungan ini juga yang mewujudkan iltizam Kerajaan Perpaduan bagi memastikan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat dinikmati dengan baik,” ujarnya.
Turut hadir Timbalan Pentadbiran Tanah Rijalul Fikri Mustapa, ketua-ketua jabatan dan kakitangan agensi negeri serta persekutuan di Kuala Pilah.
-ZS-