
Laporan/foto: Khairul Othman/Abd Halim Jumat (Jelebu)
JELEBU, 11 Apr (Malaysiaaktif) – Seramai 39 orang asnaf sekitar Jelebu telah diraikan dalam Majlis Ihya’ Ramadan 2023/1444H bersama Yang Teramat Mulia Undang Luak Jelebu.
Program anjuran Balai Undang Luak Jelebu dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Jelebu ini telah diadakan di Masjid Warisan Kuala Dulang, Kuala Klawang.
Kesemua 39 orang asnaf turut menerima duit raya yang disampaikan oleh YTM Undang Luak Jelebu.
Zamri Ahmad Suhaimi, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kutipan MAINS dalam ucapannya berkata, pihak MAINS akan sentiasa komited melaksanakan amanah yang telah diberikan oleh pembayar zakat dalam membantu asnaf di seluruh Negeri Sembilan.
Menurut beliau lagi pihak MAINS juga turut menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada para asnaf.
Turut diselitkan tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Imam Besar Masjid Negeri Ustaz Dr. Muhamad Yusry Maslan.
Turut hadir Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui Mohd Razi Mohd Ali dan ADUN Pertang Noor Azmi Yusof.
-ZS-