Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Sumbangan Hari Raya Ceriakan Golongan Asnaf

By 7 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Sazarina Mohd Noor (Hulu Langat)

HULU LANGAT, 7 April (Malaysiaaktif) – Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 322 orang penerima di Masjid At-Taqwa Bandar Bukit Mahkota, di sini semalam.

Antara penerima sumbangan tersebut adalah asnaf fakir miskin dan mualaf. Sumbangan ini bagi membantu mereka membuat persiapan kelengkapan hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Sultan Selangor turut berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian Masjid At-Taqwa Bandar Bukit Mahkota, berbuka puasa, solat fardu dan terawih berjemaah bersama rakyat.

Turut berangkat hadir Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Norashikin Tengku Permaisuri Selangor dan Tengku Amir Shah Raja Muda Selangor bersama-sama Dato’ Seri Amirudin Shari Menteri Besar Selangor.

-ZS-

Tinggalkan komen anda