Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

FPL Sentiasa Prihatin dengan Masyarakat Labuan

By 7 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 7 Apr (Malaysiaaktif) – Financial Park Labuan Sdn Bhd (FPL) sentiasa komited terhadap kerja-kerja komuniti dan prihatin dengan masyarakat setempat di pulau itu.

Menurut Pengarah Urusannya, Nazrul Hisyam Mohd Noh, melalui aktiviti tersebut ianya dapat meringankan beban yang dihadapi golongan kurang bernasib baik.

“Marilah kita berusaha untuk tidak mensia-siakan peluang bagi meningkatkan lagi nilai tambah insaniah pada bulan yang mulia ini dengan memperbanyakkan sedekah serta amal jariah dan menghidupkan malam-malam Ramadan dengan solat Tarawih dan bertadarus,” katanya semasa berucap pada Majlis Iftar Bersama Anak-Anak Asnaf Kompleks Darul Kifayah, di sini semalam.

Jelasnya, seramai 40 orang pelajar Darul Kifayah dibekalkan sumbangan duit raya dan juadah raya daripada FPL.

“Program ini sebahagian daripada tanggungjawab sosial syarikat kepada komuniti setempat sejak tahun 2000 di mana dapat dilunaskan tanpa henti meskipun ketika menghadapi cabaran pandemik COVID-19 pada tahun 2020 dan 2021.

“Besarlah harapan kami agar anak-anak ini akan menjadi insan yang berjaya suatu hari nanti dan menyambung tradisi membantu generasi anak-anak Kompleks Darul Kifayah serta di mana sahaja,” jelasnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda