Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Agong dan Raja Permaisuri Berkenan Lawat Bazar Ramadan Tanjung Tokong

By 7 April 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nor Aziana Azreen (Timur Laut)/Shamsul Bahari Abd Shukor (Pulau Pinang)

GEORGE TOWN, 7 Apr (Malaysiaaktif) – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong berkenan melawat Bazar Ramadan Tanjung Tokong, di sini semalam.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut dan diiringi oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, Ketua Menteri Chow Kon Yew dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Baginda berdua turut berkenan mengedarkan bubur lambuk dan buah tangan kepada orang ramai serta melawat gerai-gerai jualan sambil membeli juadah berbuka puasa.

Menurut seorang pengunjung Ahmad Afdhal, 35, beliau berasa teruja dapat melihat lebih dekat dengan kehadiran baginda berdua yang mencemar duli ke Bazar Ramadan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda