
Laporan/foto: Haliza Mohd Taib/Jamah Nasri (Muar)
MUAR, 10 Apr (Malaysiaaktif) β Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah mengadakan program penyerahan sumbangan kepada pengerusi masjid dan surau bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Naning di Balai Raya Datuk Hj Abdullah Bukit Naning, di sini baru-baru ini.
Ahli ADUN Bukit Naning Datuk Haji Mohd Fuad Haji Tukirin telah menyampaikan sumbangan kepada penerima yang terdiri daripada ahli AIM dan sahabat AIM bersempena dengan bulan Ramadan.
“Memberi tanda kasih, menerima tanda sayang dan dengan ini apa yang diharapkan bantuan ini dapat memberi sedikit kegembiraan buat seisi keluarga sahabat serta ahli AIM terutama di DUN Bukit Naning.
βIa juga dapat mengeratkan lagi silaturahim antara keluarga Bukit Naning dengan ahli serta sahabat AIM agar terus berjaya dalam bidang perniagaan yang diusahakan masing-masing,β kata Mohd Fuad.
Katanya, sumbangan ini diberi bagi menyemarakkan lagi keberkatan dan keindahan bulan Ramadan dengan berkongsi rezeki bersama ahli-ahli dan sahabat AIM bagi menikmati dan merasai kegembiraan serta kerahmatan bulan ini.
-ZS-