Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Ziarah Kasih Santuni Jiwa Masyarakat

By 4 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhayati Shamsu Anuar/Mohamad Firdaus Abd Aziz (Gua Musang)

GUA MUSANG, 4 Apr (Malaysiaaktif) – Program Ziarah Kasih merupakan platform terbaik bagi mendekati dan membantu golongan yang memerlukan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Nenggiri, Tuan Haji Abd Aziz Yusoff, kelmarin berkata ia dilaksanakan sebagai tanda keprihatinan dan meningkatkan hubungan dengan masyarakat setempat yang telah sedia terjalin.

“Saya ucapkan tahniah kepada pihak penganjur Kampung Renok Baru dan Jabatan Penerangan.

“Semoga dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang,” katanya.

Salah seorang penerima sumbangan, Fatimah Abdullah, 84, yang tinggal bersama anak lelakinya, berkata beliau amat terharu dengan sumbangan bakul makanan yang dapat membantu keperluannya sepanjang Ramadan ini.

Sebanyak 20 bakul makanan disumbangkan selain bantuan untuk menbut Hari Raya Aidilfitri.

Turut hadir Pegawai Penerangan Daerah Gua Musang Norhayati Shamsu Anuar dan  Yang Dipertua Majlis Belia Jajahan Gua Musang Mohd Azmawi Fikri.

-ZS-

Tinggalkan komen anda