Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

200 Keluarga Terima Sumbangan Bakul Makanan

By 14 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Robani Nabi Ahmad/Mohd Anizan Mat Daud

KOTA BHARU, 14 Mei (Malaysiaaktif) – Sumbangan bakul makanan yang dilakukan oleh pihak kerajaan bertujuan membantu golongan memerlukan.

“Pelbagai barangan keperluan harian yang disumbangkan termasuk beras, gula, minyak masak dan lain-lain sedikit sebanyak dapat meringankan beban bagi keluarga yang terpilih.

“Kita tahu ramai sekarang terjejas, disebab itulah Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) terus melakukan sumbangan melalui program tanggungjawab sosial korporat. Moga ia dapat membantu mereka yang memerlukan ketika ini,” kata Menteri Komunikasi dan Digital Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil sempena Program Perumahan Rakyat (PPR) Kota Bharu, di sini kelmarin.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN Datuk Mohd Aizuddin Ghazali program ini bertujuan menyantuni mereka yang terpilih daripada pelbagai kaum sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Kota Lama.

“Meskipun sumbangan yang diberikan tidak seberapa namun diharap dapat meringankan beban mereka,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda