Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

10,000 Pengunjung Meriahkan Jelajah Kita Selangor Aidilfitri Kuala Selangor

By 14 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azfa Saffie (Kuala Selangor)

SHAH ALAM, 14 Mei (Malaysiaaktif) – Lebih 10,000 pengunjung hadir ke Jelajah #KitaSelangor Aidilfitri Peringkat Daerah Kuala Selangor, dekat sini semalam.

Program berlangsung di Padang Awam Bukit Badong diserikan dengan kehadiran Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan isteri Datin Seri Masdiana Muhamad.

Amirudin ketika berucap menyentuh mengenai kepentingan perpaduan dan berharap rakyat terus bermuafakat dalam bersama-sama memajukan Selangor.

“Selangor perlu diangkat diperingkat global, seperti mana di pentadbiran Putrajaya boleh bermuafakat, kita juga di Selangor boleh bermuafakat.

“Kerajaan negeri akan mengusahakan sehingga ke peringkat tertinggi dalam mendepani isu landasan kereta api di Bukit Badong serta penempatan dan penerokaan tanah di Kuala Selangor,” katanya.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Haris Kasim, Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Dewan Negeri (ADUN) Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli, ADUN Permatang Rozana Zainal Abidin dan ADUN Ijok Idris Ahmad.

-ZS-

Tinggalkan komen anda