
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/MAIWP Labuan
LABUAN, 6 Mei (Malaysiaaktif) – Inisiatif terbaharu Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan melalui agihan makanan berbungkus membuka peluang usahawan kendera saji MAIWP membantu golongan asnaf yang lain.
Menurut satu kenyataan MAIWP Labuan semalam, inisiatif itu bertujuan menyantuni asnaf, golongan terjejas dan golongan B40 untuk mendapatkan bekalan makanan percuma di samping meningkatkan ekonomi usahawan asnaf.
“Inisiatif ini dilaksanakan selama setahun bermula 2 Mei 2023 hingga 1 Mei 2024 dan MAIWP Labuan memperuntukkan RM1,296,000 khusus untuk inisiatif ini.
“450 bungkus makanan menu tengah hari diagihkan ke tiga lokasi berlainan setiap hari menjadikan jumlah makanan yang diagihkan pada setiap bulan sebanyak 9,000 bungkus, agihan dibuat lima hari seminggu bermula pukul 12.00 tengah hari oleh tiga buah foodtruck yang dibahagikan kepada tiga zon yang mempunyai empat ke lima lokasi setiap zon.
“MAIWP berharap inisiatif ini dapat meringankan beban golongan yang memerlukan selain dapat mewujudkan kitaran ekonomi yang memberikan kesan positif dalam membantu usahawan asnaf dan golongan B40,” menurut kenyataan itu.
-ZS-