Laporan/foto: Surega Vasuthevan/Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)
PENGKALAN BATU, 5 Mei (Malaysiaaktif) – SU Boyz atau sebagai Sungai Udang Boyz merupakan sekumpulan pemuzik yang terdiri daripada 10 orang kakitangan Penjara Sungai Udang memeriahkan suasana Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, baru-baru ini.
Menurut Penguasa Penjara Nur Raudzah Shamimi, kumpulan pemuzik ini ditubuhkan pada pertengahan tahun 2022 dan diilhamkan oleh Pengarah Penjara Sungai Udang Gunasegaran Shanmugan.
“Ini adalah salah satu aktiviti yang diwujudkan kepada kakitangan Penjara Sungai Udang bagi mencungkil bakat yang terpendam dalam bidang kesenian.
“Kumpulan SU Boyz bukan hanya menerima undangan daripada pihak kerajaan negeri sahaja, kita juga memenuhi undangan di majlis yang lain dengan melibatkan kos yang berpatutan lantaran objektif utama kumpulan ini adalah menghiburkan orang ramai dengan bakat yang sedia ada,” ujarnya.
SU Boyz ditemui ketika majlis tersebut yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
-ZS-